Blog

Terima kasih atas sokongan

Sorry this entry isn’t available in the selected language

Saya berterima kasih kepada saudara-saudari atas sokongan dan kesudian membantu saya. Namun, ingin saya jelaskan bahawa saya tidak pernah meminta mana-mana pihak meraih sumbangan seperti tular di media sosial. Saya kini telah dibenarkan pulang ke kediaman dan wang jamin akan diuruskan mulai esok dengan baki dari tabung derma bulan Julai sebelum ini dan pertolongan sementara dari ahli keluarga serta kawan-kawan saya. Semoga saudara-saudari dapat doakan kekuatan dan kesihatan untuk saya dan keluarga.

Jika ada keperluan bagi mendapatkan sokongan dari orang ramai untuk mengutip dana ikat jamin atau fi guaman, butir-butir akaun akan dipaparkan di laman rasmi saya di sini. Terima kasih.

Leave a Reply