Blog

Pengecualian Bil Elektrik RM20 Ke Bawah Sejak 2008

Sorry this entry isn’t available in the selected language

Skim pengecualian bayaran bil elektrik RM20 dan ke bawah dimulakan semasa saya mula menjawat sebagai Menteri Kewangan pada tahun 2008.

Selain dari memberi sedikit pertolongan kepada mereka yang memerlukan, matlamat skim ini juga untuk menggalakkan rakyat untuk menjimat elektrik dengan menghadkan penggunaan elektrik bulanan mereka.

Di bawah kerajaan BN, lebih dari 1.2 juta isirumah tidak perlu membayar satu sen setiap bulan jika penggunaan elektrik mereka tidak sampai RM20 sebulan.

Skim tersebut ini dimansuhkan oleh kerjaan PH bermula 1 Januari 2019 dan diganti dengan skim rebat RM40 di mana hanya 185,000 isirumah akan mendapat manfaat

Tetapi ini bukan untuk golongan B40 seperti yang dilapor oleh sebilangan media tempatan.

Mustahil untuk jumlah isirumah B40 hanya 185,000 sahaja.

Sebenarnya, skim rebat RM40 kerajaan PH ini dihadkan kepada 185,000 isirumah yang berdaftar dengan sistem e-Kasih sahaja, iaitu isirumah yang pendapatan bulanan mereka kurang dari RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar).

Ini bermakna, lebih dari satu juta isirumah di Malaysia yang sebelum ini tidak perlu membayar apa-apa pun akan bersedia untuk mula membayar bil elektrik bermula minggu depan.

Mereka berkorban (ataupun sudah terkorban) untuk negara seperti disaran oleh kerajaan PH.

Leave a Reply