Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Isu IHH dengan isu Proton jauh berbeza - Najib Razak
Blog

Isu IHH dengan isu Proton jauh berbeza

Sorry this entry isn’t available in the selected language

Hari ini, Lim Guan Eng dah cuci tangan tentang penjualan IHH Berhad oleh Khazanah Nasional kepada Jepun.

Jika anda baca status Facebook saya sebelum ini mengenai IHH Bhd, saya tak ada pula kata Guan Eng bertanggungjawab terhadap penjualan IHH Bhd ini.

Pada masa sama, saya turut baca komen dari penyokong PH yang menyamakan penjualan IHH Bhd kepada Jepun dengan penjualan 49.9% Proton kepada syarikat China.

Saya kesal dengan mereka yang tidak berfikir secara mendalam keana kedua-kedua situasi ini amat berbeza. Kesian pun ada sebenarnya.

Biar saya berikan kefahaman.

1. Di atas sokongan dan restu PM ke-4, Khazanah telah menjual semua kepentingannya di dalam Proton kepada syarikat swasta DRB Hicom pada tahun 2012. Pada masa itu, ada juga syarikat asing yang berminat untuk beli Proton dengan harga lebih tinggi tetapi kita tidak pertimbangkannya kerana mahu Proton tetap milik Malaysia.

Ini bermakna apabila syarikat DRB-Hicom menjual Proton kepada syarikat Geely pada tahun 2017, ini ialah satu penjualan OLEH syarikat swasta – bukan dari Khazanah ataupun dari kerajaan.

Penjualan IHH Bhd pula ialah penjualan terus dari Khazanah Nasional iaitu kerajaan Malaysia kepada syarikat Jepun.

2. Selepas penjualan Proton oleh DRB Hicom, syarikat Malaysia itu masih memiliki saham terbesar di dalam Proton. Ia masih dikategorikan sebagai syarikat milik Malaysia. Syarikat milik Malaysia masih syarikat milik Malaysia.

Berbeza dengan penjualan IHH Bhd di mana syarikat Jepun menjadi pemilik saham terbesar bermakna syarikat milik Malaysia telah menjadi syarikat milik Jepun.

Hospital-hospital Pantai di negara juga sudah menjadi hospital milik Jepun. Bukan milik kita lagi.

3. Ketika Proton dijual, syarikat itu mengalami kerugian yang teruk dan masa depan yang tidak menentu. Untuk mengelakkan kehilangan berpuluh ribu pekerjaan, kerajaan Malaysia terpaksa membantu ataupun “bail-out” Proton dengan berbilion-bilion Ringgit.

Jika berterusan, tidak mustahil jika berbilion-bilion Ringgit dana kerajaan perlu digunakan lagi pada masa depan untuk Proton. Ramai yang tidak bersetuju Proton terus menerima bailout.

Manakala syarikat IHH Bhd pula ialah sebuah syarikat yang kukuh dan untung berbilion Ringgit untuk Khazanah setiap tahun. Nilai IHH Berhad meningkat dari RM5 bilion pada tahun 2008 kepada RM50 bilion awal tahun ini semasa saya Pengerusi Khazanah Nasional.

IHH Berhad telah menjadi syarikat bertaraf global dan memiliki rangkaian hospital swasta kedua terbesar di dunia.

Syarikat itu juga kini dalam fasa berkembang. Selain memiliki hospital-hospital di Malaysia, India, Singapura dan India, IHH Bhd dalam fasa untuk mengambil alih hospital di China.

Perbezaan antara isu IHH dengan isu Proton jauh berbeza tetapi ada yang tidak tahu hendak bezakan hanya kerana ketaksuban politik.

Apapun, saya rasa ianya amat sayang sekali bahawa satu-satunya syarikat Malaysia yang bertaraf global kini telah hilang dan menjadi milik Jepun.

Leave a Reply