Blog

IHH Berhad kini syarikat milik Jepun

Sorry this entry isn’t available in the selected language

Ramai masih tidak begitu kenal syarikat IHH Berhad yang dijual secara rundingan terus tanpa tender oleh Khazanah Nasional kepada Jepun minggu lalu, walaupun ia telah disenaraikan di Bursa Malaysia sejak tahun 2012 dan merupakan milik kerajaan Malaysia sehingga minggu lepas.

Infografik ini dari laporan tahunan IHH Berhad untuk tahun 2017.

Pada masa itu, IHH Berhad telahpun bertapak di 9 buah negara di dunia dengan 49 buah hospital disokong oleh 35 ribu pekerja.

Nilal IHH Berhad pada akhir tahun lepas juga mencecah US$11 bilion dengan hasil penjualan tahunan RM11.1 bilion menghasilkan keuntungan EBITDA RM2.3 bilion.

IHH Berhad ialah pemilik rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia, Singapura dan Turki – dan kumpulan hospital kedua terbesar di dunia dan terbesar di Asia.

Hospital-hospital IHH Berhad mengunakan jenama “Mount Elizabeth”, “Gleneagles”, “Pantai”, “Parkway” dan “Acibadem”.

Mereka turut memiliki International Medical College (IMC) dan International Medical University (IMU) di Malaysia.

Tahun 2018 ini merupakan tahun yang terus memberangsangkan untuk IHH Berhad kerana meeka mula meneroka pasaran China.

Gleneagles Hong Kong mula beroperasi pada Mac tahun ini manalala Gleneagles Shanghai dan Chengdu akan masing-masing beroperasi pada tahun 2020 dan 2019.

Tahun ini juga, IHH Berhad telah berjaya menjadi pemegang saham terbesar di dalam kumpulan Fortis yang memilik 30 buah hospital di India – sekaligus menjadikan IHH Berhad sebagai kumpulan hospital kedua terbesar di negara India yang populasinya 1.4 bilion orang.

IHH Berhad bakal naik dari tahap kini sebagai syarikat rangkaian hospital swasta kedua besar di dunia untuk menjadi nombor satu tidak lama lagi.

Tetapi dengan penjualan oleh Khazanah kepada syarikat Jepun Mitsui secara tiba-tiba, IHH Berhad tidak boleh lagi dikenali sebagai syarikat MNC Malaysia dan kini ialah syarikat milik Jepun.

Amat rugi sekali bahawa satu-satunya syarikat Malaysia yang bertaraf global yang beruntung besar, penuh potensi, cepat berkembang semasa pentadbiran saya dan telah bertapak di dua buah negara dengan populasi terbesar di dunia (India dan China) telah hilang dan menjadi milik Jepun minggu lepas.

Leave a Reply