Berita Najib lupa scan MySejahtera tular, kenyataan polis terus…

Berita Najib lupa scan MySejahtera tular, kenyataan polis terus keluar.

Berita Tun Mahathir lupa scan, kenyataan, polis serta-merta keluar.

Sebab itu saya pelik kenapa pihak polis belum sempat keluar apa-apa kenyataan berhubung kes seorang gadis membuat laporan polis untuk dakwa ADUN PN rancang insiden rogolnya.

Mangsa rogol tersebut dakwa mereka minum arak bersama-sama di lobi hotel.

Mereka nyanyi dalam bilik VIP KTV di hotel sampai awal pagi walaupun KTV tidak dibenar beroperasi semasa PKPB dilaksanakan masa itu.

Mangsa juga sahkan klip video CCTV menunjukkan mereka masuk bilik hotel yang telah tular adalah sahih.

Tapi belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak polis sehingga kini.

ADUN PN terbabit itu juga tak memberi sebarang komen atau penafian walaupun dia jelas dinamakan dalam laporan berita tersebut.

Ramai pun tertanya-tanya adakah kes rogol tak sama penting dengan kes lupa scan MySejahtera?

Mohon ada update.

Update juga perkembangan kes suami dan anak-anak seseorang VVIP itu yang didakwa menerima hampir RM700 juta dari Jho Low untuk disimpan di akaun bank negara jiran.

Kenyataan polis dikeluarkan pada awal Mac tapi masih tiada update setelah tempoh 2 1/2 bulan berlalu.

“10 Mei 2021: Terbaru, wanita dakwa Adun Gombak Setia ‘rancang’ insiden rogol”
https://www.malaysiakini.com/news/574077



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157894710385952/

Leave a Reply