Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Beberapa hari lalu Kerajaan PN umum mereka akan semak semula menurun unjuran... - Najib Razak

Beberapa hari lalu Kerajaan PN umum mereka akan semak semula menurun unjuran…

Beberapa hari lalu Kerajaan PN umum mereka akan semak semula menurun unjuran pertumbuhan ekonomi (KDNK) negara untuk tahun 2021.

Akhirnya mengaku bahawa unjuran dan andaian bagi pertumbuhan KDNK sebanyak 7.5% yang digunakan untuk merangka belanjaan 2021 adalah terlalu optimistik.

Di dalam perbahasan parlimen bagi belanjawan 2021 pada bulan Nov 2020 lalu, saya pernah meramalkan dan memberi amaran bahawa unjuran dan andaian Kerajaan PN untuk membuat bajet akan terjatuh jauh dari sasaran bagi tahun 2020 dan 2021 and ini akan memberi impak negatif kepada sasaran defisit negara, hutang negara dan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.

Macam mana mahu pelabur asing yakin dengan Malaysia sekiranya kerajaan berkali-kali jauh tersalah dalam pengendalian ekonomi dan fiskal negara kita sendiri dan sering memberi unjuran yang tidk boleh dipercayai?

Bulan Nov 2020 itu, kerajaan PN unjur KDNK akan negatif 4.5%. Akhirnya jatuh menjadi negatif 5.6% – bermakna bajet 2020 sudah pecah dan tersalah buat.

Kadar negatif 5.6% ini juga jauh di bawah kadar putara ekonomi global sebanyak negatif 4.3% – bermakna negara ketinggalan dunia pada tahun 2020.

Unjuran diberi kerajaan PN bagi tahun 2021 semasa membuat bajet 2021 pula ialah pertumbuhan 7.5%.

Sekali lagi ianya terbukti salah apabila World Bank turunkan unjuran kita ke 4.5% manakala syarikat penarafan kredit Standard & Poors turunkannya ke 4.1%.

Kerajaan PN sendiri pun mengaku tersalah dan bajet sudah pecah sekali lagi – mengakibatkan kerajaan perlu semak semula menurun unjuran.

Sekiranya ramalan World Bank dan Standard & Poors terbukti benar maka ianya juga akan jauh di bawah unjuran kadar purata ekonomi global sebanyak 5.6% bermaksa Malaysia sekali lagi akan ketinggalan dunia pada tahun 2021.

Unjuran yang terlalu optimistik dan syiok sendiri juga pernah dibuat kerajaan PH dahulu apabila mereka unjur KDNK akan tumbuh 4.9% pada tahun 2019 tetapi akhirnya tersasar ke kadar 4.3%.

Seperti saranan saya pada perbahasan bajet 2019 dan 2021 di parlimen, kerajaan tidak boleh bergantung kepada ramalan perkembangan KDNK berdasarkan kepada “best case scenario”. Kita juga mesti bersedia untuk menghadapi keadaan “worst case scenario”.

Sebab itu, kerajaan BN masa saya PM dan Menteri Kewangan sentiasa konservatif dan realistik semasa membuat bajet tahunan.

Akibatnya, kita tidak pernah perlu semak semula menurun unjuran dan ramalan pertumbuhan KDNK kita dan kita juga tidak pernah gagal memenuhi sasaran penurunan bajet defisit (maknanya kita tak pecah bajet) dan nisbah hutang negara bagi 8 tahun berturut-turut.

Sebaliknya, kita sering disemak naik unjuran pertumbuhan KDNK kita.

“RAM semak menaik unjuran KDNK Malaysia bagi 2017”
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/ram-semak-menaik-unjuran-kdnk-malaysia-bagi-2017-kepada-52-peratus-147061

Pelabur asing seronok dalam keadaan begini sebab setiap semakan naik menjadi satu bonus bagi mereka.

Kita patut “underpromise dan overdeliver”. Bukan sebaliknya.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157984062860952/

Leave a Reply