Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Baden-Wurttemberg, Jerman Minat Labur Di Malaysia - Najib Razak
News_archive

Baden-Wurttemberg, Jerman Minat Labur Di Malaysia

Sorry this entry isn’t available in the selected language

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Masyarakat perniagaan dari Baden-Wurttemberg, Jerman menganggap Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik dan berminat untuk melabur di sini khususnya dalam industri teknologi tinggi, kata Presiden Menterinya, Stefan Mappus.

Mappus sedang mengetuai perwakilan perdagangan yang terdiri daripada 150 anggota dari wilayah Jerman itu ke Malaysia, Vietnam dan Singapura untuk menjalin kerjasama yang lebih luas dalam industri teknologi tinggi.

“Semasa membuat persiapan bagi lawatan ini, ternyata komuniti perniagaan di Baden-Wurttemberg mempunyai minat ekonomi terhadap Malaysia,” katanya dalam wawancara dengan Bernama dan akhbar Star di sini Khamis.

Beliau berkata perwakilan ke Malaysia itu merupakan perwakilan besar pertama yang diketuainya sejak menyandang jawatan itu, atas permintaan industri.

Turut hadir ialah Duta Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Georg Gruber.

Baden-Wurttemberg adalah wilayah ketiga terbesar di antara 16 wilayah di Jerman dan merupakan satu daripada wilayah terkaya di Eropah dengan kadar pengangguran yang sentiasa rendah.

Kegiatan ekonomi utama ialah industri automotif, teknologi perubatan, aeroangkasa, farmaseutikal dan bioteknologi.

Anggota-anggota perwakilan menunjukkan minat terhadap bidang-bidang seperti tenaga boleh diperbaharui dan segala yang berkaitan dengan sektor teknologi tinggi, teknologi hijau dan kesihatan, kata Mappus.

Beliau juga berkata perwakilan itu menganggap Asean sebagai pasaran pertumbuhan terbesar pada masa akan datang dan dengan demikian, melabur dan beroperasi di sini awal-awal lagi.

Mappus berkata bberapa perniagaan dari wilayahnya telahpun melabur di Malaysia dan syarikat-syarikat ini amat beropuas hati dengan pelaburan masing-masing.

Mereka mendapati Malaysia stabil dari segi politik dan menawarkan masa depan yang cerah bagi mereka, katanya.

Mappus juga membuat kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat beliau di Putrajaya Khamis.

Sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai amat menarik, Mappus berkata isu-isu yang dibincangkan termasuklah hubungan dua hala yang merangkami usaha meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan dalam industri teknologi tinggi.

“Kami berbincang tentang teknologi hijau, dan teknologi tinggi pada umumnya. Saya mengundang perdana menteri untuk melawat Baden-Wurttemberg.”

Mappus berkata Najib juga memaklumkan kepada beliau tentang pembangunan negara-negara Asean pada masa akan datang dan pasarannya yang sangat besar, terdiri daripada setengah bilion orang.

“Beliau merupakan perdana menteri yang sangat mudah disenangi,” katanya.

Serentak dengan lawatannya, Forum Baden-Wurttemberg mengenai Teknologi Penerbitan Masa Depan juga diadakan.

Mappus berkata maklum balas daripada forum itu amat memuaskan dan kedatangan misi perdagangan itu ke Asia Tenggara merupakan keputusan yang betul dan kena pada masanya.

Perwakilan perniagaan dari Baden Wurttemberg itu berlepas ke Vietnam Jumaat pagi.

Sumber : Bernama

Leave a Reply