Alhamdulillah, pegawai dan kakitangan di pejabat saya telah menyampaikan…

Alhamdulillah, pegawai dan kakitangan di pejabat saya telah menyampaikan sedikit bantuan kepada Dek Mat pagi ini.

Semoga dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh Dek Mat tatkala semua terkesan di era pandemik yang mencabar ini.

Difahamkan Dek Mat kini tidak dapat meneruskan jualan nasi lemak disebabkan pembekal tidak dapat membuat penghantaran kepadanya.

Moga Dek Mat dan yang terjejas teruk dimurahkan rezeki dengan sumbangan-sumbangan orang ramai.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157987529730952/

Leave a Reply