Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
ADUN DAP Perak Aziz Bari kata MB Perak Ahmad Faizal Azumu kini telah menjadi... - Najib Razak

ADUN DAP Perak Aziz Bari kata MB Perak Ahmad Faizal Azumu kini telah menjadi…

ADUN DAP Perak Aziz Bari kata MB Perak Ahmad Faizal Azumu kini telah menjadi “menteri besar tempang” susulan Umno yang berjaya menguasai majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak dengan enam daripada 10 jawatan exco.

Dia kata dengan kedudukan itu, Umno boleh menolak sebarang keputusan yang dibuat oleh menteri besar.

“Mulai 12 Mei, majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak mempunyai 10 orang ahli exco, iaitu enam orang dari Umno, dua dari Bersatu dan dua lagi dari PAS.

“Dengan kata lain, parti Umno kini menjadi dominasi dan boleh membuat ketetapan menolak sebarang keputusan menteri besar yang kini jelas menjadi minoriti.” kata dia.

Eh.. Aziz.

Ko lupa?

Dari 10 orang EXCO Kerajaan PH Perak dahulu yang sudah tumbang, 5 adalah dari parti DAP (termasuk Aziz Bari), 3 dari parti PAN dan 2 PKR.

Masa itu, MB Perak tak tempang, tak apit dan tak jadi minoriti pulak?

DAP dan PAN boleh, UMNO tak boleh?

Sekurang-kurangnya PPBM ada 2 EXCO sekarang berbanding tiada seorang pun pada masa PH.

Kalau nak hasut pun, DAP perlu lebih cerdik sikit.

https://www.facebook.com/mkinibm/posts/10152042683499945



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157031883110952/

Leave a Reply