Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ada pelajar atau graduan UiTM yang follow saya? Bagi saya, UiTM sebuah... - Najib Razak

Ada pelajar atau graduan UiTM yang follow saya? Bagi saya, UiTM sebuah…

Ada pelajar atau graduan UiTM yang follow saya?

Bagi saya, UiTM sebuah institusi yang memberikan peluang pendidikan kepada ramai anak-anak Melayu.

Sejak penubuhannya, boleh dikatakan universiti ini melahirkan jaguh-jaguh korporat, pemimpin dan golongan profesional.

Dari bidang perdagangan dan kewangan kepada kejuruteraan, pergigian, komunikasi malah kepakaran bahasa-bahasa juga.

Bermulanya pada tahun 1956, UiTM juga telah menjadi tempat permulaan kepada kejayaan ramai.

Dengan ijazah atau sijil UiTM, saya tahu sebilangan besar juga yang melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terkemuka dunia di Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Kini kegemilangan UiTM ditingkatkan lagi dengan kejayaan dua anak muda kita.

Tahniah Fatin Najwa Azman dan Putera Aiman Abdul Rashid yang meraih kejayaan antara 10 pelajar terbaik DI DUNIA dalam peperiksaan perakaunan ACCA dan CAT.

Semoga kecemerlangan ini diteruskan dan semua pelajar UiTM terus meningkatkan usaha mencapai kejayaan dalam hidup.

Saya doakan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157682279055952/

Leave a Reply