Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Aaahh rindulah. PKP ini saya pun di rumah. Tak ada apa-apa plan. Ikut... - Najib Razak

Aaahh rindulah. PKP ini saya pun di rumah. Tak ada apa-apa plan. Ikut…

Aaahh rindulah.

PKP ini saya pun di rumah. Tak ada apa-apa plan.

Ikut sekali tengok festival online tadi.

Syabas dan tahniah kepada penganjur Rainforest World Music Festival! πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

Tahun ini dibuat secara online. Very good experience. Kebiasaannya, setiap tahun dianjurkan di Sarawak dan menjadi tarikan.

Anak-anak Sarawak ada follow saya kah? Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!

I love Malaysia.

Bagi saya, tiada tempat di dunia ini yang boleh dibanding dengan tanah air kita.

Malaysia negara indah.

Berbilang kaum dan agama.

Perayaan-perayaan, kebudayaan, kepelbagaian etnik masyarakat kita sentiasa menjadi tarikan.

Kita mempunyai daya tarikan unik. Kita harmoni.

Dahulunya saya banyak buat misi ke luar negara untuk hubungan diplomatik dan bawa balik pelaburan.

Kita juga kerap mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Dalam perbualan dengan pemimpin dunia dan ketua-ketua industri, mereka selalu kata pernah ke Malaysia dan suka makanan, kebudayaan kita!

Saya amat bersimpati dengan mereka di industri seni, kebudayaan dan pelancongan.

Mereka semua amat terjejas.

Semoga pandemik ini tamat tidak lama lagi.

Masa itu, sama-sama kita raikan perayaan, kebudayaan dan sambung semula program-program!



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157962039035952/

Leave a Reply