BlogFeatured Articles

MRT: Seminggu Sahaja Lagi

By Friday December 9th, 2016 No Comments

Petang hari Jumaat ini, saya bersama ramai rakan online saya menaiki MRT dari Stesen Mutiara Damansara ke Stesen Pusat Bandar Damansara untuk meninjau projek MRT sebelum Fasa Pertama Laluan Sungai Buloh – Kajang dari Sungai Buloh ke Semantan ini dibuka kepada umum dan beroperasi sepenuhnya pada 16 Disember minggu depan.

MRT pic 1

Antara yang hadir bersama dan berpeluang menaiki MRT lebih awal hari ini adalah; Puteri Balqish dan Rosli Abdul Rahman dari PenMerahdotcom, Ahmad Nazuwan Amran dari BeautifulNara, Mohd Nazrinifwat kurator Twitter @mohon_clash, Mohd Syahir blogger isu ekonomi, Khairul Idzwan Kamarudzaman blogger yang kerap menulis mengenai pengangkutan awam, Mohd Fazreen Jasni pengasas laman TheVocket, Kuan Chee Heng aktivis sosial yang dikenali ramai, Lukman Aqid Zulkarnae produser Vine terkenal, Nordin Madian pengacara radio HotFM, Hishammudin Hashim atau Abeden Mung, fotografer terkenal di Instagram, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir doktor pakar dari Hospital Besar Melaka, Azmi Arshad CFO dan penulis buku, dan Dersamynee Subramaniam, pelajar yang juga Timbalan Naib Yang Di Pertua bagi 2 Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya.

Sepanjang perjalanan, kami sempat bersembang santai mengenai hala tuju pengangkutan awam negara, terutamanya kesan dan impak besar yang akan dibawa oleh MRT kepada negara, dan lebih penting lagi kepada gaya hidup rakyat semuanya.

PIc 2 MRT

MRT bukan sahaja akan menambah baik kesalinghubungan, apatah lagi dengan kita menyediakan bas pengantara atau ‘feeder bus’ di setiap stesen MRT. Lebih daripada itu, MRT juga akan melengkapi kemudahan pengangkutan awam sedia ada dan memacu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi sepertimana yang kita impikan.

Pic 3 MRT

Saya tak sabar menanti 16 Disember ini untuk anda semua dapat merasai sendiri masa depan pengangkutan awam negara. Jom Naik MRT!

Leave a Reply