News_archive

MPEN Bentang Pelan Tepat Untuk Malaysia Lakukan Lonjakan, Kata Najib

By Friday December 3rd, 2010 No Comments

PUTRAJAYA, 3 Dis (Bernama) — Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) menyediakan pelan tepat untuk negara melakukan lonjakan dan meletakkan kedudukannya untuk menangani prestasi pasaran dunia yang kerap berubah-ubah serta merealisasikan aspirasi menjadi negara berpendapatan tinggi, mampan dan terangkum.

“Model Baru Ekonomi (MEB) bukan merupakan penyelesaian yang boleh menangani semua isu, tetapi merupakan satu perjalanan untuk kita semua – Kerajaan, sektor swasta dan rakyat – lakukan bersama-sama,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada Jumaat.

Perdana Menteri berkata penilaian akhir MEB oleh MPEN pastinya menyiapkan kerajaan ke arah merefomasikan ekonomi negara.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata laporan itu jelas mengetengahkan kes sebenar meskipun secara umumnya segala-galanya nampak sempurna.

“Sudah pasti terdapat skeptik dan kritikan. Namun tindakan dan hasilnya merupakan cara terbaik untuk menanganinya. Saya mahu menggesahkan komitmen padu kerajaan untuk menjayakan transformasi Malaysia menjadi sebuah negara maju,” katanya dalam ucapannya apda pelancaran MEB untuk Malaysia Bahagian Akhir: Langkah Dasar Strategik,” di sini pada Jumaat.

Laporan akhir itu menggarisakan pelbagai cabaran serta keperluan yang diperlukan untuk mengubah ekonomi menajdi negara maju,” kata Najib.

“Penilaian ekonomi MPEN mengenal pasti pelbagai bidang untuk pembaikan yang perlu dilakukan jika Malaysia mahu mengelak daripada terperangkap dalam ekonomi berpendapatan sederhana. Kebanyakan isu sudah pun diketahui oleh kerajaan.

“Usaha menangani secara satu persatu terbukti tidak berkesan dan oleh itu pendekatan bersepadu, menyeluruh menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP),” katanya.

Antara kebimbangan yang dibangkitkan dalam laporan itu ialah tahap pelaburan dalam inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang rendah berbanding jumlah yang diperlukan untuk membolehkan Malaysia menjadi negara maju.

Selain itu, peraturan dan kawal aturan perniagaan yang sudah ketinggalan zaman tidak mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menarik pelaburan selain banyak perniagaan pekilangan masih ketinggalan, menggunakan model perniagaan berkos rendah, kurang insentif menarik untuk menggunakan teknologi.

Najib berkata terdapat empat teras dalam MEB, tiga daripadanya membabitkan peningkatan pertumbuhan manakala yang keempat memberi tumpuan kepada keterangkuman dan penyepaduan sosial.

Antara inisiatif, termasuk pelan kerajaan untuk mereformsi udang-undang kebangkrapan yang termasuk peruntukan untuk syarikat dan individu yang menghadapi masalah kewangan.

Mengenai sektor swasta, Najib berkata antara matlamat MEB ialah memperkukuh kapasiti firma Malaysia supaya mereka dapat bersaing di peringkat antarabangsa dan berjaya.

“Daya maju mereka bergantung semata-mata terhadap terma pasaran, tanpa subsidi dan mematuhi standard antarabangsa dan amalan terbaik. Nyata, syarikat perlu menstruktur semula operasi dan model perniagaan mereka,” kata Perdana Menteri.

Najib berkata dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan Program Transformasi dengan Unit pengurusan prestasi dan pelaksanaan ekonomi (Pemandu) akan etrus memantau pelaksanaannya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply