Mohon maaf pada sektor pajak gadai Malaysia. Lagi bukti bahawa ramai sangat…

By Saturday February 6th, 2021 No Comments

Mohon maaf pada sektor pajak gadai Malaysia.

Lagi bukti bahawa ramai sangat terdesak akibat pandemik Covid dan memang memerlukan pengeluaran wang KWSP walaupun ada beberapa kerat orang dari sebelah sana yang tuduh saya main politik atau main populis apabila saya dan BN medesak untuk mewujudkan skim i-Sinar.

Presiden Persatuan Tuan Punya Pajak Gadai Malaysia, Tan Ho Keng berkata, penebusan barang gadaian meningkat sehingga 30% selepas pencarum menerima wang yang dikeluarkan di bawah skim i-Sinar.

“Bilangan pelanggan yang datang untuk pajak barang makin merosot sebab ramai orang sekarang masih ada duit. Mereka sudah dapat mengeluarkan simpanan KWSP, jadi ramai yang datang ialah untuk tebus barang.

“Jumlah pelanggan yang datang tebus barang meningkat 20% hingga 30%, selepas KWSP boleh buat pengeluaran,” katanya.

Persatuan Tuan Punya Pajak Gadai Malaysia berkata, penebusan barang gadaian meningkat sehingga 30% selepas pencarum menerima wang skim i-Sinar.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157681369975952/

Leave a Reply