Moga Datuk Seri Rina Harun mendapat kesembuhan penuh secepat mungkin. Tapi…

By Monday January 11th, 2021 No Comments

Moga Datuk Seri Rina Harun mendapat kesembuhan penuh secepat mungkin.

Tapi peliknya kenapa menteri-menteri kabinet masih menghadiri program-program umum setelah Tok Pa disahkan positif tengah hari semalam.

KKM sepatutnya sudah klasifikasikan mereka sebagai kontak rapat yang perlu dipantau dan diberi arahan kuarantin wajib memandangkan mereka pernah hadir sebilik dengan Tok Pa dalam mesyuarat jemaah menteri beberapa hari lalu.

Kenapa pula Rina masih boleh hadir dua program semalam?

Sebab itu, saya rasa ianya lebih selamat bagi semua menteri hentikan segala program umum mereka untuk tempoh seminggu.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157613466915952/

Leave a Reply