MKN isytihar 5 daerah hotspot Covid di Kedah dilaksanakan PKP. Tapi MKN…

By Monday May 3rd, 2021 No Comments

MKN isytihar 5 daerah hotspot Covid di Kedah dilaksanakan PKP.

Tapi MKN juga yang kata semua sekolah dan institusi pendidikan akan terus beroperasi seperti biasa dalam tempoh PKP ini.

Difahamkan bahawa bazar Ramadan juga akan dibenarkan beroperasi dalam 5 daerah PKP ini.

Perlu ingat bahawa hampir 100 kluster Covid sektor pendidikan sudah dikesan tahun ini termasuk 43 cluster dalam tempoh 16 hari lepas.

Risiko penularan Covid di institusi pendidikan juga adalah lebih tinggi sebab murid-murid dan remaja biasanya tidak ada gejala dan sukar dikesan positif Covid jika dijangkit pun tapi mereka masih akan menjangkit murid-murid lain yang kemudiannya bawa Covid ke orang dewasa dalam rumah yang lebih tingginya risiko jatuh sakit.

Perlu ingat juga bahawa sebanyak 904 kes positif COVID-19 yang dilaporkan mempunyai sejarah kunjungan atau dijangkiti oleh individu yang pernah mengunjungi 22 bazar Ramadan yang diarah tutup selama tiga hari minggu lepas.

Kenapa tak arahkan untuk tutup bazar Ramadan sepanjang tempoh PKP ini dan kerajaan bayar pampasan seperti di buat di Kelantan?

Jadi, apa ertinya untuk kerajaan buat PKP jika sekolah dan bazar Ramadan terus dibuka?

Adakah maksud sebenar PKP ialah Perintah Kawalan Parlimen?

“Lima daerah PKP di Kedah: Sekolah beroperasi seperti biasa, esok”
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/701184/lima-daerah-pkp-di-kedah-sekolah-beroperasi-seperti-biasa-esok



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157865123790952/

Leave a Reply