BlogFeatured Articles

Misi Kemanusiaan Food Flotilla for Myanmar

By Friday February 3rd, 2017 No Comments

Petang tadi, kapal misi kemanusiaan Food Flotilla for Myanmar, yang membawa sumbangan rakyat Malaysia kepada etnik Rohingya berlepas dari Pelabuhan Klang menuju ke Myanmar.

flotilla 1

Saya tegaskan bahawa sesungguhnya kita tidak boleh berpeluk tubuh berdiam diri melihat penderitaan yang dialami oleh mereka tanpa berasa pilu dan tidak menghulurkan sebarang bantuan.

Setelah saya nyatakan dengan terang sokongan kepada Rohingya dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, kemudiannya diikuti dengan Himpunan Solidariti Ummah, kita telah mengadakan Mesyuarat Tergempar Menteri Luar OIC berkenaan isu ini.

Alhamdulillah, hasil daripada usaha-usaha tersebut hari ini berlayar membawa bantuan.

flotilla 4

Suka juga saya nyatakan bahawa misi ini adalah hasil usaha bersama antara UMNO dan PAS, dan saya telah melepaskan misi pelayaran ini tadi bersama-sama dengan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

flotilla 3

Para sukarelawan di dalam kapal Nautical Aliya ini terdiri daripada ahli-ahli UMNO dan juga PAS, sukarelawan lain serta juga doktor dan jururawat yang semuanya pergi dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.

Lebih daripada itu, isu ini juga telah mendapat perhatian negara-negara lain seperti China, Perancis, UK, dan banyak lagi yang turut sama menghulurkan bantuan. Ianya bukti ini bukan sahaja isu agama, sebaliknya isu kemanusiaan di peringkat global.

Marilah kita berdoa mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar, dan semoga Allah SWT lindungi para sukarelawan sepanjang perjalanan mereka pergi dan pulang, Insya-Allah.

flotilla2

Leave a Reply