Minta moratorium 3 bulan, tempoh bayaran pinjaman ditambah 12 bulan. Ambik…

By Tuesday June 29th, 2021 No Comments

Minta moratorium 3 bulan, tempoh bayaran pinjaman ditambah 12 bulan.

Ambik moratorium 6 bulan, tempoh loan bertambah 2 tahun.

Semalam saya ulas dan beri amaran berhubung perkara ini dalam pengumuman (bukan lagi perutusan) PM8 tapi JKOM marah saya tidak reti bersyukur dengan PM.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157979687460952

Pagi ini, para penganalisis kewangan berpendapat bahawa moratorium yang diumum kerajaan PN semalam hanya akan memberi impak minima terhadap keuntungan bank.

Pada senario paling buruk bagi bank pun, impak kepada keuntungan bank bagi tahun ini cuma antara 0% (ya, kosong peratus) ke 6%.

“Nevertheless, in our worst-case scenario, which assumes a mod loss of similar quantum to 2020’s modification loss, the impact to earnings would be quite manageable at 0% to 6% for most banks, in our view,” he said.

“29 Jun 2021: Latest round of blanket moratorium less likely to hurt bank earnings due to opt-in basis, say analysts”
https://www.theedgemarkets.com/article/latest-round-blanket-moratorium-less-likely-hurt-bank-earnings-due-optin-basis-say-analysts

(Ada beberapa laporan media yang lapor Menteri Kewangan umum bank akan kecualikan faedah dalam tempoh moratorium. Itu kurang tepat. Apa yang Menteri Kewangan kata ialah pengecualian faedah ke atas faedah – bukan faedah ke atas prinsipal pinjaman. Itu tetap berjalan.)



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157981231025952/

Leave a Reply