MINGGU MEDIA SOSIAL 2013: Tiket Percuma Untuk Dimenangi Minggu Media Sosial…

By Friday February 22nd, 2013 No Comments

MINGGU MEDIA SOSIAL 2013: Tiket Percuma Untuk Dimenangi

Minggu Media Sosial 2013 (MSMW 2013) merupakan program nasional yang menghubungkan orang ramai, kandungan serta perbualan yang kini merupakan satu fenomena di media sosial dan mobil. Tahun ini, Minggu Media Sosial 2013 akan berlangsung di Berjaya Times Square bermula pada 26 Februari hingga 3 Mac termasuk acara kemuncak iaitu Persidangan Penulis Blog Dunia dan Anugerah Media Sosial 2013 yang akan diadakan pada 27 dan 28 Februari. Kami menawarkan tempat kepada anda untuk menghadiri persidangan tersebut! Anda berpeluang untuk menerima tiket bernilai RM399 setiap satu untuk menghadiri Persidangan yang akan diadakan pada 27 dan 28 Februari.

PANDUAN PENYERTAAN

Untuk menyertai peraduan ini dan memenangi tiket tersebut, anda hanya perlu melakukan langkah-langkah berikut:

1) Tulis status di Facebook anda dan sebutkan mengenai Minggu Media Sosial 2013 serta ‘tag’ nama @Najib Razak dalam status anda itu. Nyatakan mengapa anda berminat untuk menyertai persidangan tersebut.

ATAU:-

2) Tulis di Twitter menggunakan #MSMW2013 dengan menyebut @NajibRazak dan nyatakan hasrat anda untuk menyertai Persidangan tersebut

3) Peserta yang mendapat ‘Like’ terbanyak di status Facebook mereka atau mendapat ‘retweet’ paling banyak di Twitter berpeluang memenangi tiket percuma ke Persidangan itu

TERMA DAN SYARAT

· Peraduan ini hanya terbuka kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan sah.
· Pemenang akan dipilih secara rawak oleh admin 1Malaysia.com.my. Setiap keputusan yang dibuat adalah muktamad
· Setiap pemenang akan dimaklumkan melalui mesej Facebook (di ruangan Lain-Lain dan bukannya ruangan Peti Masuk) atau Mesej Langsung di Twitter. Anda perlu menyemak mesej Facebook dan Twitter sepanjang tempoh peraduan ini untuk mengetahui sama ada anda memenangi tiket ke persidangan itu ataupun tidak.
· Setiap pemenang layak untuk mendapat dua (2) tiket ke Persidangan itu
· Setiap pemegang kad pengenalan hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja.
· Pastikan setiap maklumat yang diberi adalah tepat dan lengkap. Admin berhak untuk menolak setiap penyertaan yang memberi maklumat tidak tepat.
· Penyertaan perlu dihantar sebelum tengahari 25 Februari 2013. Mulakan sekarang untuk tingkatkan peluang anda memenangi tiket berkenaan.
· Dengan menyertai peraduan ini, anda secara automatik bersetuju untuk menerima emel dari 1Malaysia.com.my untuk perkembangan terkini

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, layari www.facebook.com/MalaysiaSocialMediaWeek atau www.socialmediaweek.com.my

Malaysia Social Media Week (MSMW) is a national event connecting people, content and conversations around emerging trends in social and mobile media. Join the movement now: http://www.socialmediaweek.com.my



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/450862301651230/

Leave a Reply