Minggu lepas, YDP Agong titah bahawa parlimen boleh bersidang dalam tempoh…

By Thursday March 4th, 2021 No Comments

Minggu lepas, YDP Agong titah bahawa parlimen boleh bersidang dalam tempoh Darurat.

Semalam, Menteri PN akhirnya jawab titah YDP Agong bahawa parlimen tidak boleh bersidang sepanjang tempoh Darurat sebab kita kena jaga warga tua yang berisiko tinggi dalam dewan rakyat kerana “sains dan data” tidak mengizinkan.

Dua hari dahulu, Menteri PN tersebut muat naik 38 gambar sebagai bukti bahawa “sains dan data” kata golongan warga emas yang sama TIDAK berisiko tinggi jika mereka duduk rapat-rapat dalam dewan untuk sambutan “Majlis Amanat Perdana Menteri Setahun Malaysia Prihatin” selagi ada banyak skrin-skrin TV di belakang tempat duduk golongan warga emas tersebut.

Seluruh Rakyat Malaysia amat kagum dengan “sains dan data” serta alasan bijak diberi kerajaan PN untuk menjawab titah Yang di-Pertuan Agong.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157740016385952/

Leave a Reply