Minggu lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan jumlah kematian seluruh…

By Sunday February 14th, 2021 No Comments

Minggu lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan jumlah kematian seluruh Malaysia mengikut negeri.

Media MalaysiaKini pula membuat analisa yang menunjukkan kadar peningkatan jumlah kematian bagi negeri Sabah dan Labuan ternyata jauh lebih besar berbanding negeri-negeri lain yang agak stabil.

Negeri Sabah dan Labuan juga adalah negeri yang paling teruk dilanda Covid pada suku 4 tahun lepas dan telah dilaksanakan PKPB sepanjang tempoh tersebut.

Pada suku itu, jumlah kematian di Labuan pula naik 63.6%.

Jumlah kematian di Sabah pula naik 30.55% atau 868 orang tapi jumlah nyawa terkorban akibat Covid yang dilaporkan cuma 252 orang – iaitu perbezaan sebanyak 616 nyawa.

Sehingga kini, tiada penjelasan pernah diberi kenapa wujudnya perbezaan berkali ganda yang begitu ketara sekali itu.

Anomali ini juga dilaporkan di banyak negara lain dalam dunia dan dipecayai berpunca dari kematian yang tidak sempat disahkan positif Covid atau kematian yang berkait dengan tekanan serta kesan dari lockdown Covid yang berpanjangan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157700604435952/

Leave a Reply