Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
MIC jamin henti pertikai Kabinet baru - Najib Razak
News_archive

MIC jamin henti pertikai Kabinet baru

By Thursday April 16th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR: Didorong kesedaran riwayat politik MIC bergantung kepada keanggotaan dalam Barisan Nasional (BN), parti itu semalam mengisytiharkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sekali gus melenyapkan hasrat mahu tinggalkan gagasan itu.

Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, turut memberi jaminan tidak akan lagi mempertikaikan hak Perdana Menteri memilih barisan Kabinet dan menegaskan beliau menghormati apa saja keputusan Najib selepas ini.

“Saya sudah menemui Perdana Menteri berhubung isu ini dan yakin konsep Satu Malaysia yang diilhamkan beliau dapat bantu mengembalikan sokongan masyarakat India kepada BN, khususnya MIC.

“Matlamat kita sekarang ialah mengembalikan kepercayaan rakyat kerana usaha sejak selesai pilihan raya umum Mac tahun lalu sudah mula menampakkan perkembangan baik.

“Mengenai wakil MIC dalam Kabinet, saya akui ini hak mutlak Perdana Menteri dan enggan mengulas lanjut,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti, di sini.

Samy Vellu mengakui ada meminta Najib mempertimbangkan jawatan menteri kanan untuk wakil MIC, selain meminta satu lagi jawatan timbalan menteri untuk mewakili Wanita MIC.

Kini, wakil tunggal MIC dalam Kabinet ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam serta dua timbalan menteri iaitu Datuk M Saravanan (Kementerian Wilayah Persekutuan) dan Datuk SK Devamany (Jabatan Perdana Menteri).

Samy Vellu turut menegur beberapa media yang melaporkan MIC meminta jawatan Menteri Kerja Raya dikembalikan kepada parti itu kerana jawatan Menteri Sumber Manusia dianggap kurang penting, sekali gus menjejaskan pengaruh politik MIC.

Bagaimanapun, katanya, permintaan ketika kempen pilihan raya kecil di Bukit Selambau itu bukan tuntutan, sebaliknya menyerahkan kepada budi bicara Perdana Menteri membuat keputusan terbaik.

Samy Vellu juga menafikan MIC dipinggirkan kerana permintaannya tidak dipertimbangkan, sebaliknya mendakwa ia mendorong parti itu bekerja lebih keras membawa masyarakat India kembali ke pangkuan BN.

Beliau turut menyelar pihak tertentu yang mendakwanya jarang bersuara bagi memperjuangkan kepentingan masyarakat India sepanjang 29 tahun dalam Kabinet.

Samy Vellu juga mengumumkan MIC akan membuka portal webnya sendiri mulai 14 Mei ini bagi menangkis dakyah media internet, selain menyebarkan maklumat mengenai parti kepada masyarakat India.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply