News_archive

MIC Gembira Pelajar Kaum India Di Kolej Matrikulasi Ditambah

By Monday February 27th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — MIC menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai penambahan kuota pelajar daripada masyarakat India bagi mengikuti kursus di Kolej Matrikulasi milik kerajaan.

Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata ia membuktikan kerajaan prihatin dan tidak mengabaikan kebajikan masyarakat India yang merupakan kaum minoriti di negara ini.

“Masyarakat India sememangnya menyambut baik perkara tersebut kerana sebelum ini selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan ibu bapa bimbang sama ada anak-anak mereka dapat melanjutkan pelajaran.

Dengan pengumuman ini masalah tersebut dapat diatasi dan ia merupakan tindakan positif yang memberi ruang kepada pelajar India untuk mendapat tempat bagi menyambung pengajian mereka,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Perdana Menteri dalam ucapannya pada sambutan Pesta Ponggal di Kapar, Klang pada Ahad, berkata jumlah pelajar India di kolej matrikulasi di negara ini akan ditingkatkan daripada 559 sekarang kepada lebih 1,500 pada sesi 2012/2013.

Sumber : Bernama

Leave a Reply