Meskipun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah, terutamanya berkenaan…

By Thursday June 30th, 2016 No Comments

Meskipun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah, terutamanya berkenaan keadaan kewangan kerajaan dan negara, malah ada yang berkata kita akan jatuh muflis dan sebagainya, kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.

Insya-Allah, bermula bulan Julai 2016, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam seluruh negara akan mula dilaksanakan sepertimana yang telah saya umumkan dalam Bajet 2016 yang lalu.

Usaha dan kerja keras penjawat-penjawat awam amat kerajaan hargai, dan saya harap dengan bantuan ini akan terus membakar semangat semua penjawat awam untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang, Insya-Allah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153601323865952/

Leave a Reply