Merujuk kepada komen yang diajukan oleh Pahlawan Negara: Saudara Pahlawan…

By Saturday February 25th, 2012 No Comments

Merujuk kepada komen yang diajukan oleh Pahlawan Negara:

Saudara Pahlawan Negara, kerajaan sedia maklum akan isu gaji jurulatih kontrak PLKN. Oleh kerana SBPA belum lagi diputuskan, sebaik sahaja dimaklumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tiga hari lepas, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dengan serta merta mulai semalam telah mengambil inisiatif untuk membela nasib jurulatih kontrak. Adalah dipersetujui bahawa alternatif kepada isu gaji ini ialah untuk melantik jurulatih kontrak berkaitan sebagai jurulatih sambilan berdasarkan Kuasa Menteri di bawah Akta Latihan Khidmat Negara. Difahamkan gaji sambilan akan dibayar ialah RM80 sehari. Jika seorang jurulatih mempunyai rekod kedatangan kerja yang tinggi, maka gaji sambilannya mungkin lebih tinggi daripada gaji kontrak yang diterima sebelum ini. Pelatih kontrak yang akan dilantik secara sambilan akan menerima gaji tertunggak daripada bulan Januari 2012 dalam masa terdekat. Surat penerangan mengenai alternatif ini juga telah diedarkan kepada komandan kem. Harap ini dapat membantu saudara dan rakan-rakan. Terima kasih atas dedikasi dan pengorbanan para jurulatih selama ini dalam membentuk remaja kita menjadi lebih berwibawa serta bertanggungjawab kepada negara.
-Admin



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10150568981420952/

Leave a Reply