Mereka mencabar prinsip kenegaraan itu sendiri. Mereka menghasut anak-anak…

By Sunday September 28th, 2014 No Comments

Mereka mencabar prinsip kenegaraan itu sendiri. Mereka menghasut anak-anak muda dengan panggilan jihad yang songsang. Mereka bertegas mahukan semua orang Islam tunduk patuh kepada khalifah mereka. Semua tuntutan mereka ini tidak akan dituruti sama sekali.

Kami menolak konsep negara Islam sebegini. Kami menolak negara yang diasaskan oleh ekstremisme, dan kami mengutuk kekejaman yang dilakukan atas nama Islam.

Di seluruh dunia, orang Islam melihat dalam kepiluan apabila agama Islam – agama yang berasaskan keamanan – digunakan untuk menghalalkan kekejaman yang dilakukan. Kami bersedih apabila melihat kekejaman seperti pemenggalan kepala. Kami tangisi anak-anak yang diculik dan dijual.

Kami sedar bahawa ancaman kepada keamanan sejagat dan keselamatan dunia bukanlah Islam, tetapi ekstremisme, dari segi sikap tidak bertoleransi, keganasan dan militan. Tindakan militan-militan ini melangkaui kesedaran mahupun kepercayaan. Mereka mencabuli apa yang diajar dalam Islam dan contoh yang diberikan Nabi Muhammad S.A.W. dan juga prinsip-prinsip perundangan Islam.

Baca Ucapan Penuh Perhimpunan Agung PBB saya di: http://bit.ly/69UNGA



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952/10152302308020952/?type=3

Leave a Reply