Merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Padang Besar, Kangar dan Arau pagi…

By Sunday August 23rd, 2015 No Comments

Merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Padang Besar, Kangar dan Arau pagi tadi.

Saya mahu ketiga-tiga Ketua UMNO Bahagian ini bersatu berganding bahu bagi mengekalkan rekod kecemerlangan 100 peratus kerusi Parlimen sejak Merdeka.

Saya juga mahu ahli-ahli UMNO menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku dalam parti bagi memastikan UMNO kekal berkuasa.

Sebagai sebuah parti, kita harungi lautan yang terbentang luas, adakala bergelora dan adakala dipukul badai.

Pelbagai dugaan dan masalah pernah UMNO lalui sebelum ini, dan semuanya berjaya diselesaikan.

Kita wajib bersatu mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara kerana seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10152995454315952/

Leave a Reply