Menteri Pengangkutan PN dah jamin pindaan RUU kesalahan memandu dalam…

By Monday June 1st, 2020 No Comments

Menteri Pengangkutan PN dah jamin pindaan RUU kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dengan hukuman lebih berat akan selesai dirangka bulan Jun ini.

Menteri Undang-undang PN juga telah memberi komitmen bahawa RUU berkenaan akan dibentang dalam parlimen pada Julai ini.

PM8 juga dah sarankan supaya RUU hukuman lebih berat segera dilaksanakan.

Ini janji serius, bukan seperti janji orang yang mahu tutup kilang.

Saya juga difahamkan bahawa kempen kesedaran pemandu mabuk akan dilancarkan secara besar-besaran tak lama lagi.

Seperti yang saya post awal bulan lalu, tiada lagi alasan bagi mereka yang minum untuk memandu dalam zaman e-hailing ini.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156998867900952

Saya juga berpendapat bahawa prinsip toleransi sifar ini penting kerana apabila seseorang mula minum, ianya mungkin sukar untuk mereka menghadkan pengambilan masing-masing.

Lebih baik mereka tak mula minum dan jika mahu minum, jangan memandu.

Cari kawan yang tak minum untuk memandu ataupun book Grab. Premis perniagaan yang jual arak juga perlu ada tanggungjawab apabila tahu pelanggan mereka mabuk dan panggil teksi atau e-hailing untuk mereka.

Sebab itu, saya sarankan kita laksanakan undang-undang toleransi sifar seperti yang telah berkuat kuasa di negara China sejak 10 tahun yang lalu.

Kita ikut sahaja dasar toleransi alkohol sifar semasa memandu negara China. Tiada siapa yang akan membantah atau mengadu jika kita ikut hukuman yang sudah dilaksanakan di negara China sejak 10 tahun lalu, iaitu:

Hukuman maksima untuk kesalahan pemandu mabuk sebabkan kematian juga perlu sepadan dengan undang-undang jenayah di bawah kanun keseksaan – bukan hukuman maksima penjara 20 seperti dicadang PH.

Kerajaan juga boleh aturkan bantuan saman sivil kepada keluarga mangsa kemalangan setelah kes jenayah selesai untuk mendapat pampasan kewangan setimpal.

Pada masa yang sama, kawan-kawan yang minum bersama dan mereka yang mengendali tempat minuman ada tanggungjawab untuk memastikan kawan-kawan dan pelanggan mereka tidak memandu jika telah mabuk.

Kempen pendidikan di media perlu dibuat secara berterusan.

Pengeluar dan industri beralkohol juga perlu salurkan dana yang signifikan kepada kerajaan atau NGO yang dikenalpasti bagi menjayakan kempen banteras pemandu mabuk.

Pencegahan dan kesedaran adalah sama mustahak dengan hukuman lebih berat.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157086105360952/

Leave a Reply