Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Menjelang tarikh penamatan lanjutan kedua pada 18 Feb, Presiden Persatuan... - Najib Razak

Menjelang tarikh penamatan lanjutan kedua pada 18 Feb, Presiden Persatuan…

By Sunday February 14th, 2021 No Comments

Menjelang tarikh penamatan lanjutan kedua pada 18 Feb, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan bekas timbalan menteri kesihatan PH kata PKP 2.0 telah gagal dan tidak mampu menurunkan jumlah kes Covid-19 sebab terlalu longgar dari mula perlaksanaan.

Jika PKP 2.0 dilanjutkan berkali-kali pun ianya tetap akan gagal, kata mereka.

Sebab itu saya dah kata dari permulaan PKP 2.0 supaya PKP dibuat dengan betul dan amat ketat untuk 2 minggu sahaja agar ianya tidak dilanjut berkali-kali

Supaya kerajaan tidak memperpanjangkan dan menambah kepada kesusahan Rakyat dengan perlaksanaan PKP separuh masak.

Lagi mengecewakan ialah 4 hari sebelum lanjutan kedua PKP 2.0 tamat, KP KKM keluarkan kenyataan pagi ini bahawa kadar keberjangkitan Covid telah naik bagi 2 hari berturut-turut.

“With MCO nearing end, Dr Noor Hisham reports consecutive daily increase in Covid-19 infectivity rate”
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/02/14/with-mco-nearing-end-dr-noor-hisham-reports-consecutive-daily-increase-in-c/1949614

Covid tak turun, dan Rakyat telah dikorbankan secara sia-sia lebih sebulan dalam PKP 2.0 separuh masak ini.

Nampaknya, harapan masih ada bahawa PKP 2.0 akan dilanjutkan.

Paling tidak, PKPB (yang akan serupa dengan PKP 2.0) akan dilaksanakan.

Dan sekiranya PKPB juga gagal (sebab PKPB pernah gagal setelah dibuat selama 3 bulan pada Okt-Dec) dan kes Covid mencanak naik semula, PKP 3.0 akan dilaksanakan dengan alasan Rakyat tidak patuhi SOP.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157701060375952/

Leave a Reply