Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tempoh inkubasi Covid-19 adalah…

By Sunday January 17th, 2021 No Comments

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tempoh inkubasi Covid-19 adalah sehingga 14 hari.

Namun tempoh masa purata dari dijangkit sehingga pesakit boleh disahkan sebagai positif Covid adalah antara 5 hingga 6 hari.

Hari ke-5 PKP 2.0 sudah nak tamat.

Jadi, ini bermakna keberkesanan PKP kali ini boleh dilihat dalam angka Covid bagi tempoh 3 hingga 4 hari akan datang mulai esok.

Jika jumlah kes baru setiap hari masih tinggi minggu depan maka ianya sudah tiba masa untuk kerajaan menghapuskan kelonggaran-kelonggaran yang diberi bagi PKP ini.

Biar kita buat PKP 2.0 yang seketat-ketatnya mungkin bagi fasa 1 agar kita dapat melindungi sistem penyampaian kesihatan negara yang sudah kritikal dan PKP tidak perlu dilanjutkan berulang-kali lagi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157626614080952/

Leave a Reply