BlogFeatured Articles

Menggagalkan Cubaan Penculikan

By Friday December 9th, 2016 No Comments

Terima laporan kejadian tembak-menembak dan cubaan menculik di dua lokasi di Sabah semalam, Lahad Datu dan Semporna.

Pasukan Gerakan Am kita bertempur dengan penjenayah dari Selatan Filipina dan menembak mati 3 suspek dipercayai penculik, manakala 2 lagi berjaya diberkas dan seorang tebusan berjaya diselamatkan. 2 lagi suspek berjaya melepaskan diri bersama seorang tebusan.

Dalam proses itu seorang daripada anggota keselamatan kita cedera ditembak, dan kini sedang dirawat di Hospital Semporna. Saya doakan beliau selamat semuanya.

Pasukan keselamatan Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengenal pasti individu yang telah diculik dan merangka tindakan selanjutnya.

Pada masa sama pujian harus diberikan kepada pasukan keselamatan kita atas tindakan pantas mereka, bukan mudah mengawal kawasan perairan yang begitu luas.

Kerajaan ingin tindakan yang wajar, tegas dan berkesan diambil bagi menangani ancaman ini. Jangan beri walau sedikit ruang kepada penjenayah-penjenayah menceroboh dan kucar-kacirkan negara.

Teruskan pelihara perairan, sempadan dan kedaulatan negara kita.

Leave a Reply