Mengakhiri jadual saya yang padat semalam, saya telah menghadiri Perhimpunan…

By Thursday May 2nd, 2013 No Comments

Mengakhiri jadual saya yang padat semalam, saya telah menghadiri Perhimpunan Perdana Warga UiTM di Shah Alam. Semasa program itu, saya telah umumkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan tambah peruntukan tambahan bagi membina kolej baru sekiranya kami terus diberi mandat untuk mentadbir. Pembinaan kolej baru itu bertujuan bagi meningkatkan jumlah pengambilan Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Ini bermakna, seramai 10,000 pelajar miskin setahun berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM berbanding hanya 5,000 sahaja sebelum ini. Kami di BN komited untuk memastikan setiap rakyat tidak kira latar belakang ekonomi mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10151373531955952/?type=3

Leave a Reply