Blog

Menangani Ancaman Keganasan

By Monday January 18th, 2016 No Comments

Kerajaan telah pun mengarahkan agensi-agensi keselamatan negara untuk meningkatkan lagi usaha menangani kemungkinan ancaman keganasan di negara ini susulan serangan pengganas di berapa bandar besar dunia.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh saya memandang dengan amat serius ancaman daripada pengganas yang bersifat keagamaan melampau.

Kita telah pun bersetuju untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi menghalang dan mematahkan sebarang usaha pengganas untuk mengganggu gugat keamanan dan keharmonian di negara ini.

Ini termasuklah keputusan kerajaan untuk memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 yang akan membolehkan kerajaan bertindak dengan lebih berkesan dalam menangani sebarang kejadian keganasan dalam negara ini.

Saya yakin dan percaya setiap rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian akan bersama-sama dalam semua usaha kerajaan menentang ancaman keganasan. Kita mesti bersatu padu dalam menangani ancaman pengganas ini.

Lantas itu, sewajarnya kita tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh mencetus kebimbangan umum mengenai tahap sebenar keselamatan negara.

Saya akan mempengerusikan mesyuarat MKN esok bagi membincangkan segala langkah keselamatan yang telah diambil serta perkembangan terkini termasuk kejadian keganasan di Jakarta minggu lepas.

Leave a Reply