Memimpin negara tidak mudah. Tanggungjawabnya besar. Keikhlasan, fokus dan…

By Thursday June 24th, 2021 No Comments

Memimpin negara tidak mudah.

Tanggungjawabnya besar.

Keikhlasan, fokus dan pertimbangan yang tepat diperlukan pada setiap masa.

Dari isu kebajikan rakyat kepada hubungan diplomatik.

Adakalanya melibatkan negara-negara jiran, negara-negara serantau dan kuasa-kuasa besar.

Kesemuanya memerlukan perancangan rapi, keseimbangan manfaat bersama, dan yang paling utama halatuju yang jelas.

Sepanjang masa saya Perdana Menteri, di samping memastikan kerajaan Malaysia sebuah kerajaan yang utamakan keperluan rakyat, saya juga pernah menguruskan pelbagai krisis dan konflik.

Hari ini, saya diingatkan salah satu daripadanya, dalam keadaan yang amat sedih sekali.

Dukacita menerima berita pemergian bekas Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

Presiden Benigno Aquino III boleh dikatakan sahabat baik saya dan kerajaan Malaysia.

Bertahun-tahun lamanya, maaf, lebih tepat lagi 4 dekad lamanya, konflik berterusan wujud di Mindanao.

Melibatkan masyarakat Islam kita di sana.

Konflik ini mendatangkan pertikaian dalam aspek keselamatan dan kestabilan serantau bagi Filipina dan sudah tentunya Malaysia juga.

Bagi saya dan Presiden Benigno Aquino III, kami hanya mahukan yang terbaik untuk rakyat kita.

Alhamdulillah, setelah beberapa siri perbincangan dan rundingan, konflik di Pulau Mindanao berjaya diselesaikan.

Termeterainya perjanjian komprehensif antara Bangsamoro dengan Kerajaan Filipina, disaksikan oleh saya sebagai PM Malaysia.

Satu langkah ke arah kestabilan serantau dan lebih penting lagi pembangunan di Mindano yang memanfaatkan masyarakat Islam di sana.

Malaysia fasilitator proses damai ini.

Presiden Benigno Aquino III akan sentiasa diingati oleh saya, rakyat Malaysia dan umat Islam di kedua-dua negara ini.

Seorang pemimpin yang mempunyai visi dan berpandangan jauh, utamakan pembangunan dan rakyat sebagaimana kami mahukan.

Sepanjang masa saya dan Presiden Benigno Aquino III memimpin juga, hubungan diplomasi kami amat baik.

Tidak pernah Filipina membuat tuntutan juga terhadap tanahair kami di Sabah.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga bekas Presiden Filipina, Benigno Aquino III, dan seluruh warga Filipina atas kehilangan ini.

Semoga roh mendiang bersemadi dengan tenang.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157971119190952/

Leave a Reply