Memandangkan orang PH PRO MAX tak suka kes mahkamah Riza Aziz dan Musa Aman…

By Saturday June 13th, 2020 No Comments

Memandangkan orang PH PRO MAX tak suka kes mahkamah Riza Aziz dan Musa Aman digugurkan atau diselesaikan walaupun telah dijelaskan berulang kali, saya minta kes-kes yang telah digugurkan kerajaan PH dahulu masa Tommy Thomas menjadi Peguan Negara seperti berikut diteruskan oleh Jabatan Peguam Negara:

KES #1. Rayuan terhadap Pulau Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa.
(Namun tempoh terakhir untuk rayuan telah berakhir setelah kerajaan PH tarik balik rayuan tersebut dan kita sudah hilang pulau itu selamanya)

“Mei 2018: Pulau Batu Puteh: Permohonan semakan Malaysia dikeluarkan”
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/344950/pulau-batu-puteh-permohonan-semakan-malaysia-dikeluarkan

KES #2. Jun 2018: Kes Ahli Parlimen PH Sivaasa diGUGURKAN oleh pendakwa raya.
“Hakim Zaman Mohd Noor melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Sungai Buloh PH Sivarasa selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mahkamah dimaklumkan bahawa pihak pendakwaan menarik balik dua tuduhan yang dikenakan terhadapnya.”
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/442641/sivarasa-bebas-tuduhan-muat-naik-poster-palsu-najib

KES #3. Kes rasuah banglo Lim Guan Eng DIGUGURKAN oleh pendakwa raya.

“Sept 2018: Keputusan untuk menggugurkan pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak pernah dibincangkan dengan pengurusan tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dakwa beberapa sumber.”
https://www.malaysiakini.com/news/441526

KES #4: Syor rasmi Suruhanjaya DiRaja skandal RM33 bilion (bersamaan dengan RM100 bilion sekarang) FOREX BNM diketepikan dan laporan polis diTARIK BALIK.

Sehingga kini, tidak ada seorang pun pernah didakwa atau bertanggungjjawab atas kehilangan dana begitu besar itu atau bertanggungjawab atas usaha menyorok skandal ini dari parlimen dan pengetahuan awam selama bertahun-tahun.

“Jul 2019: Tiada tindakan lanjut untuk dapatan RCI forex”
https://www.malaysiakini.com/news/481988

KES #5. Pendakwa Raya TARIK BALIK rayuan terhadap kes Ahli Parlimen PH Khalid Samad menghasut MAIS.

“Sep 2019: Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membatalkan rayuan selepas pihak pendakwaan dalam sebutan hari ini memberitahu mahkamah bahawa tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan mahkamah sesyen.”
https://www.malaysiakini.com/news/493830

KES #6. “Dec 2019: Rafizi Ramli kekal bebas, pendakwa raya TARIK BALIK rayuan”
https://www.malaysiakini.com/news/503491

KES #7: Peguam Negara gugurkan pendakwaan ke atas 12 individu termasuk dua wakil DAP berhubung kumpulan LTTE.

“Feb 2020: Gugur kes LTTE: Peguam Negara didesak letak jawatan”
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gugur-kes-ltte-peguam-negara-didesak-letak-jawatan-231409

Saya sendiri tak pernah minta mana-mana kes saya untuk digugurkan dan tak pernah membuat surat representasi untuk meminta begitu.

Saya lebih rela kes dibicarakan secara penuh supaya bukti-bukti kes boleh dikeluarkan dalam mahkamah dan Rakyat akan faham.

Sebab itu, saya minta pemimpin PH termasuk PM7 dan geng DAP yang sering buat bising tentang kes Riza dan Musa Aman untuk turut menuntut kes-kes yang digugurkan zaman Tommy Thomas untuk diteruskan.

Jangan hipokrit.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157120477355952/

Leave a Reply