Memandangkan bilangan kontak rapat kes Covid telah jauh melepasi…

By Monday February 1st, 2021 No Comments

Memandangkan bilangan kontak rapat kes Covid telah jauh melepasi kebolehan/kapasiti KKM untuk mengesan dan keadaan Covid semakin menjadi lebih teruk dengan hampir 50,000 kes aktif, kerajaan perlu kaji pendekatan baru.

Google dan Apple merupakan pembekal utama sistem operasi smartfon.

Selepas pandemik bermula, Google/Apple telah bergabung untuk mengeluarkan sistem notifikasi kontak rapat Covid yang diberi nama Google/Apple Exposure Notification (GAEN).

Sistem ini menggunakan ciri Bluetooth untuk mengenalpasti kontak rapat antara pengguna henfon dan rekodnya disimpan tanpa lokasi dan tanpa menamakan pemilik henfon atau nombor telefon.

Erti kata lain sistem ini tidak menggangu privasi pengguna.

Ciri pengesanan kontak rapat Google/Apple ini sudah lama siap dan diberi secara percuma kepada mana-mana negara . Sekitar 20 negara sedang menggunakan sistem tersebut.

Sesiapa yang disahkan positif Covid, perlu memaklumkannya kepada sistem tersebut secara pensendirian.

lalu, kontak-kontak rapat pesakit akan dihantar notifikasi bahawa mereka merupakan kontak rapat kes Covid (tanpa dimaklumkan siapa yang disahkan positif Covid) dan disuruh untuk ambil langkah seterusnya termasuk memberitahu pihak KKM, mejalani kuarantin kendiri atau mendapat saringan

Pada masa kini kebanyakan pengguna henfon dalam negara adalah pengguna app MySejahtera.

Kerajaan boleh menambah baik MySejahtera dengan menambah kebolehan “exposure notification” ini ke dalamnya.

Kebolehan “exposure notification” juga boleh digunakan tanpa sebarang app sebab ianya sudah terbina dalam sistem operasi hampir semua henfon sejak tahun lepas.

Jadi, kerajaan tak perlulah bina app bersendirian yang baru seperti MyTrace. Gunakan sahaja ciri sedia ada dan masukkan dalam MySejahtera. Laju, murah dan telah terbukti.

Cuma ianya tidak boleh diaktifkan dalam Malaysia selagi kerajaan tidak memberi tahu Apple dan Google bahawa negara kita bersetuju untuk menggunakan ciri tersebut.

Sekiranya kebimbangan ialah rakyat kurang percaya pada kerajaan dan bimbang kerajaan akan salahgunakan ciri tersebut untuk mengesan dan menggangu privasi rakyat, sebuah NGO pihak ke-tiga yang bebas boleh dilantik untuk menyemak program exposure notification untuk memastikan privasi pengguna akan sentiasa terjaga.

NGO dan kerajaan juga perlu memberi jaminan bahawa data dikunpul yang melebihi 28 hari akan dipadam secara automatik dan sistem ini akan dihentikan selepas pandemik berakhir.

Kerajaan boleh menggunakan sistem ini untuk membantu (bukan menggantikan) proses mengesan kontak rapat.

Dengan bantuan sistem ini, beban ke atas kerajaan untuk membuat kontak rapat akan jauh lebih ringan.

Lagi ramai dan lagi laju mereka merupakan kontak rapat kes Covid, lagi rendah peluang kontak rapat untuk menjangkiti orang lain sekiranya mereka didapati positif.

Lagi laju Covid dapat dibendung.

Mohon dipertimbangkan.

https://en.wikipedia.org/wiki/Exposure_Notification#Deployment

NOTA: Negara jiran Singapura pilih untuk tidak menggunakan sistem Apple/Google sebab mereka membina applikasi mereka sendiri yang diberi nama TraceTogether sebab tidak mahu mereka yang merupakan kontak rapat untuk tidak dapat dikenalpasti identitinya. Singapura juga memberi token Bluetooth berasingan secara percuma kepada setiap penduduk yang tidak tahu atau tidak menggunakan smartfon.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157669856545952/

Leave a Reply