Melihat trend Covid ketika ini, Malaysia bakal mencecah setengah juta kes…

By Saturday May 8th, 2021 No Comments

Melihat trend Covid ketika ini, Malaysia bakal mencecah setengah juta kes Covid dalam masa terdekat.

Semalam, Malaysia duduk di tempat ke-42 antara senarai lebih 200 negara dan wilayah bagi jumlah kes Covid tertinggi.

Kita telah melepasi Arab Saudi beberapa hari lalu dan bakal melepasi negara Maghribi, Lubnan dan UAE tak lama lagi sebab trend kes baru Covid kita ketika ini adalah jauh lebih tinggi berbanding mereka.

Pada tahun lepas, negara-negara tersebut diklasifikasikan oleh Malaysia sebagai negara berisiko tinggi.

Namun negara-negara tersebut telah lebih berjaya kawal Covid sejak itu.

Silap-silap mereka bakal klasifikan kita sebagai negara berisiko tinggi pula.

Itu realitinya.

Kita tidak boleh lagi claim bahawa kita antara negara dalam dunia yang paling berjaya kawal Covid.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157875180695952/

Leave a Reply