Melihat cabaran hebat yang sedang dihadapi negara jiran. saya merayu sekali…

By Sunday April 19th, 2020 No Comments

Melihat cabaran hebat yang sedang dihadapi negara jiran. saya merayu sekali lagi kepada semua majikan-majikan dalam Malaysia – baik untuk perniagaan kecil, sederhana atau besar.

Saya tahu kamu mungkin bimbang pihak berkuasa akan denda atau ambil tindakan jika didapati kamu mengambil pekerja asing tanpa izin.

Saya faham kamu bimbang perniagaan kamu mungkin diarahkan untuk henti sementara untuk proses nyahkuman atau pekerja-pekerja lain kamu perlu dikenakan arahan kuarantin 14 hari dan disaring.

Tapi, percayalah kamu bahawa kes penyakit Covid ini tidak boleh disorok. Akhrinya akan dikesan kepada perniagaan kamu juga.

Percayalah bahawa hukuman ke atas kamu akan jauh lebih berat berbanding denda jika didapati mengambil pekerja asing tanpa izin.

Percayalah bahawa hukuman dan publisiti negatif pada kamu akan berkali ganda jauh lagi besar berbanding kerugian yang akan dialami jika perniagaan dihentikan untuk seketika.

Sebab itu, sila berhubung dengan pihak berkuasa secara serta-merta jika kamu mengesan atau diberitahu pekerja kamu menunjukkan gejala penyakit Covid-19.

Jangan halang mana-mana pekerja (tak kira ada permit atau tak ada permit) mendapat rawatan dan jangan main sorok-sorok.

Jangan mementingkan duit dan melihat pada keuntungan sahaja.

It’s not worth it!

Ini perkara yang melibatkan nyawa pekerja kamu, nyawa rakyat dan kepentingan seluruh negara kita.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156946107835952/

Leave a Reply