BlogFeatured Articles

Melawat Mangsa Banjir Pekan

By Wednesday February 1st, 2017 No Comments

Saya ke Pekan untuk meninjau keadaan banjir selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan di Istana Negara pagi tadi.

pekan 4

Saya sentiasa memantau dan mendapat laporan keadaan banjir di serata negara, dan hari ini turun ke Pekan bagi melihat sendiri keadaan banjir di beberapa kawasan yang teruk terjejas.

Saya sempat meluangkan masa bertemu dan bersembang dengan para penduduk yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan di SK Kinchir, Balairaya Tanjung Lepar dan IKBN Paloh Hinai.

pekan 3

Saya telah arahkan mereka yang bertugas di Pekan untuk memastikan semua mangsa banjir di sini menerima segala kemudahan dan bantuan yang diperlukan.

Pekan kawasan parlimen saya yang kini dilanda musibah banjir, saya bersimpati dengan mereka yang terpaksa mengharunginya.

Insya-Allah, saya akan pastikan bantuan disalurkan kepada semua mangsa banjir yang memerlukannya, bukan sahaja di Pekan tetapi di kesemua kawasan yang terjejas di seluruh negara. Ini akan ditentukan selepas musim banjir berakhir dan keadaan pulih sepenuhnya.

pekan 2

Leave a Reply