News_archive

MBE Bukan Menggantikan DEB – Najib

By Wednesday September 1st, 2010 No Comments

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Model Baru Ekonomi (MBE) bukan untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi mengenai liberalisasi yang progresif.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa berhati-hati dengan apa yang dilakukan dan memikirkan kepentingan semua rakyat Malaysia termasuk Bumiputera.

“MBE bukan mengenai menggantikan sepenuhnya (DEB) tapi mengenai liberalisasi yang progresif.

“Jadi, kita amat berhati-hati dengan apa yang kita lakukan kerana akhirnya, kita perlu mempertimbangkan kepentingan semua rakyat Malaysia. Jadi, kepentingan bumiputera akan diambil kira,” katanya kepada pemberita selepas menerima sebuah buku mengandungi ucapan tahniah Hari Merdeka daripada para pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Minggu lepas, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata dasar DEB yang pro-Bumiputera masih perlu dan jangka masa 20 tahun masih tidak mencukupi bagi orang Melayu untuk bersaing dengan bangsa lain.

Sumber : Bernama

Leave a Reply