Matlamat utama pakai topeng muka bukan sekadar mengurangkan risiko seseorang…

By Monday May 4th, 2020 No Comments

Matlamat utama pakai topeng muka bukan sekadar mengurangkan risiko seseorang dijangkit tetapi untuk mengelak seseorang yang tidak sedar mereka sudah positif menjangkiti orang lain.

Pendapat saya bercanggah dengan saranan KKM dan WHO bahawa hanya mereka yang ada gejala perlu pakai penutup mulut. Lain orang tak perlu.

Ini adalah kerana kebanyakkan mereka yang telah dijangkit tidak menujukkan sebarang gejala tapi mampu menjangkit orang lain.

KKM pun kata 80% dari kes positif Malaysia tidak menunjukkan gejala.

Sebab itu, mana mungkin seseorang akan tahu mereka telah berjangkit dan mereka perlu pakai topeng muka di tempat umum seperti saranan KKM dan WHO?

Lebih elok untuk semua pakai mask.

“Walaupun dari segi undang-undang sukar untuk kita cakap wajib (pakai topeng muka) tetapi untuk pengangkutan kita wajibkan,” kata Wee Ka Siong.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157002045090952/

Leave a Reply