News_archive

Masyarakat Siam Puji Kepimpinan Perdana Menteri

By Friday February 24th, 2012 No Comments

PENDANG, 25 Feb (Bernama) — Masyarakat Siam di sini menyatakan rasa kagum terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sebagai pemimpin yang baik hati dan kuat bekerja untuk rakyat.

Ketua sami daerah Pendang, Phra Khru Phipat Dammakit berkata masyarakat Siam di negara ini sangat bertuah kerana memiliki pemimpin seperti Najib.

“Kami menyokong kerajaan sejak zaman Perikatan memerintah, dan akan terus berbuat demikian dengan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN),” katanya sewaktu berucap sebelum Perdana Menteri merasmikan Sekolah Bahasa Siam di Wat Titi Akar, dekat sini Sabtu.

Katanya masyarakat Siam di Pendang juga sangat bertuah kerana Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor sudi datang untuk bertemu secara dekat dengan mereka.

Dalam pada itu, beliau turut memohon kerajaan pusat membantu memberi sumbangan bagi mengembangkan lagi sekolah bahasa Siam tersebut yang pada masa ini mempunyai 150 penuntut yang belajar secara sambilan pada sebelah petang.

Sumber : Bernama

Leave a Reply