Masyarakat Orang Asli juga ikrar untuk hukum PH kerana janji-janji yang…

By Tuesday February 26th, 2019 No Comments

Masyarakat Orang Asli juga ikrar untuk hukum PH kerana janji-janji yang dicapati serta keangkuhan PH selepas menjadi kerajaan.

Bagaimana pula dengan pengundi di Semenyih?

Sebelum PRU14, pemimpin-pemimpin PH didakwa sering melawat masyarakat Orang Asli untuk meminta undi serta menabur macam-macam janji.

Selepas PRU14, pemimpin ini semua ghaib.

“Sebelum PRU, PH termasuk menteri besar Perak turun jumpa kita, mereka cakap kalau sokong PH, mereka akan selesaikan isu Orang Asli, itu janji mereka. Cakap sedap, biasalah masa tidak ada duit cakap macam itu, bila dah ada duit (jawatan) tidak pandang kita Orang Asli.

Desakan Orang Asli kepada PH untuk menepati janji pula dibalas dengan penghinaan.

PH dakwa Orang Asli malas bekerja dan gemar meminta-minta.

Desakan Orang Asli kepada PH untuk meminta maaf ke atas penghinaan pun tidak dijawab.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/26/orang-asli-perak-ikrar-hukum-ph-jika-gagal-tunai-manifesto/

Minggu lepas, ada seorang Tok Batin tempatan mendakwa dia dipaksa untuk membaca teks yang disediakan kerajaan untuk meminta Masyarakat Orang Asli di sana untuk mengundi PH di PRK Semenyih.

Tok Batin ini juga mendakwa PH memberi hamper dan jamuam makan kepada Orang Asli bagi menarik undi.

“Mereka cakap sepatutnya bagi hamper untuk memujuk orang mengundi tak boleh, tapi aku tengok, boleh. Hairan pula. Macam mana? Kalau orang lain ambil gambar, macam mana?” katanya lagi.
https://www.malaysiakini.com/news/465448

Minggu lepas juga, Masyarakat Orang Asli marah bahawa Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sekarang akan diganti tidak lama lagi dengan orang yang bukan Orang Asli.

Datuk Ajis Sitin adalah Orang Asli pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah JAKOA sebelum PRU14.

Tak sampai satu tahun, beliau akan diganti dengan orang yang bukan dari Masyarakat Orang Asli akibat kekalahan PH di Cameron Highlands.
https://www.malaysiakini.com/news/465279

Sebelum PRU14, PH janji macam-macam. Pemimpin-pemimpin mereka pula ramah dengan pengundi serta bermulut manis.

Selepas PRU14, semua janji-janji mereka dicapati.
Pemimpin-pemimpin yang sama pula menjadi angkuh dan zalim.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155917695625952/

Leave a Reply