Masa Tommy dakwa Riza, ramai dah kata kes ini amat rumit. Kerana semua…

By Monday May 18th, 2020 No Comments

Masa Tommy dakwa Riza, ramai dah kata kes ini amat rumit.

Kerana semua transaksi, penggunaan dana, penghantar wang, penerima wang, bayaran balik dana, perjanjian-perjanjian pelaburan dan saksi-saksi adalah orang asing atau berlaku di negara asing.

Yang didakwa pun jarang berada di Malaysia kerana sudah lama menetap di luar negara.

Lagipun, DOJ sudah menyelesaikan kes dengan Riza dan tak pernah dakwa Riza melakukan jenayah. Cuma saman sivil.

Tapi Tommy yang sendiri mengaku dia lantikan politik PH semasa dia letak jawatan masih mahu mendakwa Riza di sini.

Mari kita dengar penjelasan Tommy:

“Pada 18 November 2019, peguam mewakili Riza menghantar surat representasi bagi menyemak semula dakwaan jenayah anak guamnya..

“Surat itu diberi kepada Gopal Sri Ram untuk dilihat dan memberi maklum balas kepadanya.”

“Pada 28 Februari 2020, saya meletak jawatan sebagai peguam negara. Sehingga peletakan jawatan itu saya tidak menerima sebarang nasihat berhubung perkara (surat representasi) itu.:

Itu apa yang Tommy kata.

Dia kata dia langsung tak terlibat dalam kes Riza dari 18 Nov 2019 sehingga 28 Feb 2020 walaupun Peguam Negara baru, ketua pesuruhjaya SPRM, pendakwa raya yang Tommy sendiri lantik serta Menteri Undang-undang semua tegas bahawa Tommy terlibat dan Tommy yang bersetuju.

Kalau kita percaya kenyataan Tommy, ini bermaksud Tommy serah semua kepada Gopal Sri Ram pada 18 November 2019 dan tidak mengambil tahu apa-apa yang berlaku dalam kes ini sehingga dia letak jawatan 3 1/2 bulan kemudian pada 28 Februari 2020.

Ini juga bermaksud dia semasa tak baca berita tentang kes Riza dan tak pernah bertanya kenapa kes Riza asyik ditangguhkan oleh pihak pendakwaraya dengan alasan mereka sedang menyelesaikan kes melalui surat representasi semasa dia masih peguam negara.

“31 Jan 2020 (masa itu Tommy masih AG): Mahkamah tetapkan 25 Februari ketahui status representasi Riza Aziz”
https://www.sinarharian.com.my/article/68202/BERITA/Mahkamah/Mahkamah-tetapkan-25-Februari-ketahui-status-representasi-Riza-Aziz

So, apa dia buat dalam tempoh 3 1/2 bulan itu?

Dan kenapa dia langsung tak kisah, langsung tak mahu ambil tahu dan tak tanya-tanya kenapa namanya dipetik sebagai alasan untuk menangguhkan kes Riza berkali-kali semasa dia masih AG?

Boleh percaya ke?

Peliknya AG ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157047078920952/

Leave a Reply