Masa sampai Manila semalam, terdengar ada orang cerita pasal 4 orang anak…

By Friday April 28th, 2017 No Comments

Masa sampai Manila semalam, terdengar ada orang cerita pasal 4 orang anak muda Malaysia, Naim, Farez, Ferman dan Ungku Raad yang buka kedai makan dan bakeri di sini, Naahim Bakery.

Popular juga kata ramai, jadi saya singgah kedai mereka tadi rasa roti dan masakan, cream cheese mereka memang sedap!

Saya juga dimaklumkan mereka amat berjaya, dapat pulang modal dalam masa hanya 9 bulan, dan mereka jugalah yang bekal makanan kepada delegasi Malaysia sepanjang #ASEAN2017 ini, lauknya sedap-sedap belaka!

Tahniah, saya amat bangga anak Malaysia berjaya tempa nama di negara luar, patut dijadikan contoh kepada usahawan-usahawan muda Malaysia di luar sana. #Negaraku



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10154387228200952/

Leave a Reply