Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
MAS Fokus Kepada Operasi Jarak Jauh Dan Dekat Guna Jenama Berbeza - Najib - Najib Razak
News_archive

MAS Fokus Kepada Operasi Jarak Jauh Dan Dekat Guna Jenama Berbeza – Najib

By Thursday April 5th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia Airlines (MAS) kini lebih fokus kepada operasi premium jarak jauh dan jarak dekat dengan menggunakan jenama yang berbeza.

Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan berkata jenama asal MAS dikekalkan bagi operasi jarak jauh manakala perkhidmatan turboprop Firefly dan operasi pesawat serantau akan dikendalikan oleh entiti baru untuk penerbangan jarak dekat.

Katanya, memandangkan penjenamaan semula perkhidmatan MAS masih dalam peringkat permulaan, oleh itu masih terlalu awal untuk menentukan jumlah kos keseluruhan yang terlibat pada masa ini.

“Melalui ‘penjenamaan semula ini, operasi jarak dekat akan menggunakan pesawat yang lebih kecil seperti Boeing 737-800 bagi membolehkan MAS menyediakan jaringan perkhidmatan premium serantau yang lebih luas dengan frekuensi lebih tinggi untuk meningkatkan kecekapan kos dan operasi,” katanya.

Perdana Menteri menjawab dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang ingin tahu kos untuk penjenamaan semula MAS sebagai penerbangan jarak dekat dan jarak jauh selepas menandatangani perjanjian penukaran saham MAS-AirAsia dan Kerangka Kolaboratif Komprehensif (CCF).

MAS juga akan memperkenalkan imej baru pesawat A380 yang dijangka memulakan perkhidmatan bermula Julai 2012, di mana MAS akan terus berusaha untuk meningkatkan trafik penumpang melalui strategi pemasaran berterusan bagi memulihkan prestasi sedia ada.

Sumber : Bernama

Leave a Reply