News_archive

Malaysian Economy Could Rebound Within Six Months

By Monday January 12th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, Jan 10 (Bernama) — The Malaysian economy could rebound from the current slowdown within the next three to six months with the support of the government and sound policies.

The head of department, professor of economics, of the London School of Economics and Political Science, Professor Danny Quah said Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had the ability to take Malaysia into the next stage of its economic development.

“The government should not be too obssesed with budget deficits. It is important to develop policies that can increase the country’s competitiveness in order to sustain economic growth and momentum ,”Quah said during a dinner talk of the London School of Economics and Political Science (LSE) Alumni Association of Malaysia, Friday.

Quah delivered a talk titled, Malaysia’s response to the global economic crisis – what’s being done right and what’s wrong.

Inspite of the gloomy global economy outlook, Quah gave a strong message of assurance.

“Dont’ panic. The world has not come to an end yet. Asia is not expected to enter into a drastic slowdown although there is to be expected some contagion spillover effects of the financial crisis in the United States,” Quah said.

He advocated an expansion of fiscal and a losening of monetary policies in order to boost economic growth during this slowdown.

He said China and India, will still be the growth stories of the global economy as the United States grapples with a high budget deficit.

“South East Asia has also shown remarkable growth after the Asian financial crisis,” Quah said.

Asia, he said, would play a bigger role in the global economy.

“While Asia has been able to retain a high savings rate, US consumers have been spending aggressively, living on credit cards and high borrowings,,” he highlighted.

Source : Bernama

 

12-01-2009 Ekonomi Malaysia Mampu Pulih Dalam Tempoh Enam Bulan

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Ekonomi Malaysia mampu pulih daripada kelembapan semasa dalam tempoh antara tiga dan enam bulan, menerusi sokongan kerajaan serta dasar yang kukuh.

Ketua Jabatan Ekonomi London School of Economics and Political Science, Profesor Danny Quah berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai keupayaan untuk membawa Malaysia ke tahap pembangunan ekonomi selanjutnya.

“Kerajaan tidak wajar terlalu memberi penekanan terhadap defisit bajet, sebaliknya memberi tumpuan terhadap malaksanakan dasar-dasar yang mampu meningkatkan daya saingan negara bagi menampung pertumbuhan dan pergerakan ekonomi,” kata Quah pada ceramah Persatuan Alumni London School of Economics and Political Science (LSE) Malaysia, pada Jumaat.

Quah menyampaikan ceramah bertajuk “Respons Malaysia terhadap krisis ekonomi global – apa yang betul dan salah.”

Meskipun unjuran ekonomi global yang suram, Quah memberi mesej jaminan yang kukuh.

“Jangan panik. Dunia belum kiamat. Asia dijangka tidak mengalami kemelesetan drastik walaupun terdapat jangkaan akan menerima tempias krisis kewangan di Amerika Syarikat,” kata Quah.

Beliau menjangkakan akan berlaku peluasan dasar fiskal dan pelonggaran dasar monetari bagi merangsang pertumbuhan ekonomi semasa kelembapan ekonomi.

Menurutnya China dan India akan mencatat pertumbuhan untuk ekonomi global ketika Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan defisit bajet yang tinggi.

“Asia Tenggara turut mencatatkan pertumbuhan yang baik selepas krisis kewangan Asia,” kata Quah.

Asia, katanya akan memain peranan lebih besar dalam ekonomi global.

“Dalam pada Asia mampu mengekalkan kadar simpanan yang tinggi, pengguna AS berbelanja berlebih-lebihan, hidup menggunakan kad kredit dan pinjaman yang tinggi,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply