News_archive

Malaysia sedia bantu AS pulih hubungan Islam, Barat

By Monday June 15th, 2009 No Comments

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia sedia bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi membetulkan segala kepincangan dalam hubungan antara dunia Islam dan Barat.

Perdana Menteri berkata, kesediaan Malaysia didorong oleh ucapan Presidennya, Barack Obama di Kaherah, baru-baru ini memuji Malaysia sebagai antara negara Islam yang progresif dan maju.

“Malaysia bersedia jadi antara negara yang boleh bekerjasama dengan AS, lebih-lebih lagi dalam ucapan beliau (Obama) puji Malaysia sebagai antara negara Islam yang progresif dan maju,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2010 di Kementerian Kewangan di sini, semalam.

Najib diminta mengulas ucapan Obama di Dewan Besar Universiti Kaherah, Mesir, Khamis lalu.

Dalam ucapannya itu, Obama menyarankan satu ‘permulaan baru’ dalam hubungan di antara negaranya dengan dunia Islam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau sudah membaca dan mengikuti ucapan Obama dan menganggap ia membuka satu hasrat baru AS pimpinannya untuk membetulkan kepincangan yang berlaku selama ini antara dunia Islam dan Barat.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply