News_archive

Malaysia Pertimbangkan Rakyat Myanmar Berkhidmat Sebagai Pembantu Rumah

By Thursday March 29th, 2012 No Comments

NAYPYITAW (Myanmar), 29 Mac (Bernama) — Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengambil rakyat Myanmar berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Malaysia telah menyatakan pertimbangan tersebut kepada Myanmar pada lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Myanmar yang berakhir Khamis.

Najib telah menyatakan kemungkinan untuk memberi peluang kepada rakyat Myanmar bekerja sebagai pembantu rumah kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatannya Khamis.

Namun, katanya, perkara itu memerlukan rundingan lanjut antara kedua-dua negara tersebut.

“Kita perlu perbincangan lanjut mengenai perkara ini, kita tidak tahu terma dan peraturannya.

“Jika termanya dapat diterima, sudah pasti kita akan mempertimbangkannya,” katanya.

Najib berkata Malaysia bersifat terbuka berhubung pengambilan rakyat Myanmar untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Sambil menyifatkan rakyat Myanmar sebagai “rakyat yang sopan”, Najib berkata ia tidak menjadi sesuatu yang sukar untuk meneruskan dengan cadangan itu jika mereka mampu dapat menyeduaiakn diri dengan budaya di Malaysia.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau telah memaklumkan kepada Myanmar bahawa kira-kira 250,000 rakyat Myanmar telah didaftarkan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Sumber : Bernama

Leave a Reply