Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Malaysia Perlu Beralih Kepada Sektor Perkhidmatan Untuk Jana Ekonomi - Najib - Najib Razak
News_archive

Malaysia Perlu Beralih Kepada Sektor Perkhidmatan Untuk Jana Ekonomi – Najib

By Wednesday December 8th, 2010 No Comments

LANGKAWI, 8 Dis (Bernama) — Malaysia perlu mula menumpukan kepada bidang perkhidmatan terutama pelancongan dalam menjana ekonomi dan mencapai pertumbuhan enam peratus setiap tahun untuk tempoh 10 tahun akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Malaysia perlu mengurangkan pergantungan kepada sektor pembuatan yang selama ini menjadi bidang utama ekonomi negara berikutan kajian dalam beberapa tahun akan datang menjangkakan pertumbuhan ekononomi di negara-negara maju akan lembab walaupun berkembang.

Beliau berkata ini bererti sektor pembuatan juga tidak dapat berkembang dengan tinggi memandangkan pasaran eksport produk-produk negara adalah di negara maju.

“Sub sektor pelancongan adalah yang terpenting untuk memacu ekonomi. Bagi kerajaan sub sektor pelancongan ini amat penting bagi kita. Kerana itu pelancongan merupakan antara 12 NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara),” katanya pada majlis pembukaan rasmi Hotel The Danna, milik syarikat Tradewinds Corporation Berhad, di sini Rabu malam.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Najib berkata perkembangan terkini menyaksikan kelas pertengahan di India dan China kini mencecah 900 juta orang dan Malaysia perlu memastikan golongan ini jika mahu melancong memilih Malaysia sebagai destinasi mereka.

“Kita mesti laksanakan strategi untuk kelas pertengahan China, India dan Asia Tenggara pilih Malaysia dan Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Pelancongan ada potensi besar.

“Kita percaya untuk memajukan pelancongan perlu produk yang jadi daya tarikan kepada pelancong. Langkawi ada banyak daya tarikan. Antara daya tarikan adalah eko pelancongan…jarang terdapat tempat yang terpelihara alam semula jadinya,” kata beliau.

Beliau berkata kerajaan juga mahu mengupayakan sektor swasta untuk menjadi enjin sebenar dengan kerajaan sebagai pemangkin dengan memberikan insentif, galakan dan bantuan.

Mengenai usahawan bumiputera, Najib berkata terdapat dua jenis usahawan bumiputera iaitu mereka yang menerima kontrak kerajaan dan mereka yang berjaya di pasaran terbuka.

“Sasaran kerajaan adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang berjaya di pasaran terbuka,” katanya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply